Monday, February 29, 2016

Pyramid Giza, Cairo

yehaaa , sampai pon pyramid
*edit terlebih pulak :p lol

Cara ke pyramid by public transport dalam cairo .

1) bus: kat mana-mana mahattah(perhentian bas) korang cari bas no 1048, pastu korang turun sampai last stop bus ni which is el-giza. kat sana nti korang kne tanye org kat mana enterance dia, jalan sikit and sampai pyramid. 1048 ni ada kat mana2 so tak de lah lama sgt nak tgu bas ni dtg kat station. and tambang dia just 2le sahaja.

2) tramco(micbus): kalau naik tramco kene pergi kat ramsis. kat ramsis tu kne tanya org kat mana tramco giza, kene jalan sikit sebab tramco ni kat area blakang2 bukan kt area tempat train tu tauu. pastu bayar 6le kot(aku tak igt) . kalau naik tramco senang sebab dia mmg berhenti depan2 kawasan pyramid, so tak payah jalan jauh nak cari enterance.

3)metro: aku paling suke kalau pergi pyramid naik tramco. senang sangat. okayy, so naik metro ikut laluan giza, and just bayar 1 le sahaja. dah sampai metro giza, ko kne cari tramco ke pyramid bayar 3 le sahaja. tramco ni ade je banyak depan metro giza.

*jaga diri lelok kat pyramid ni, kalau boleh bawa kawan yg reti cakap arab and lagi bagus kalau ada kawan org egypt ikot skali , bukan apa depa kat sini suke tipu orang. pastu jage duit lelok, banyak pencurik jugakkk . nama pon nak pergi tempat el-firauunn, so byk lah nti nampak prangai arab yg ala2 firaunn.

okayyy, selamat bercuti :)

Thursday, February 25, 2016

IFMSA exchange Brazil

Ramai membe tanya exchange kat Brazil atau Oman mana lagi best ? and seriously aku sendiri pon  tak leh nak compare which one the best sebab exchange kat dua2 negara ni sangat sangat best ! ohh wuwuwuw :')  Orang-orang brazil sgt friendly, Orang oman pulak sangat baik hati, see, tak leh compare kan dua2 negara penduduknye baik sangat. Cost living kat Brazil biasa2 jer lebih kurang mcm malaysia, but cost living Oman mahal sikit ler. 1 Oman riyal bersamaan dengan 8 ringgit , haa ambik kau menangis pelajar T__T. Pastu nature kat Brazil peh pehhh subhanallah cantik sangat ! Oman pulak walaupun padang pasir tapi antara top 5 ok negara terbersih in the world haaa.

Then dorang tanya lagik, banyak duit kau pergi Brazil? wahahaahahaa. chilax bro name pon international program, haruslah boleh mintak sponser right :D *thanks EME and perak sponser :')

Kau tu dah perempuan pastu sorang2 pergi exchange berani gile kau ni? "ok well hello ni bibi kot" hahahaa aku gurau je. kalau pergi Oman iyee aku rasa biasa je. sbb oman ni kan negara islam so pape pon rasa selamatlah stay dgn penduduk2 seagama brother and sisterhood ewahh .Tapi Brazil tak tipu lah mmg mule2 sebelum nak pergi sana rasa takut. dah la aku flight sorang2 from mesia to brazil for 28 hour !! kang jadi pape entah sape la nak tolong aku . But ini yang aku suke dengan sistem exchange IFMSA, basically sblm ko pergi exchange ke sesebuah negara tu ko  dah ada info pasal contact person ko kat sana, and sape yg akan jemput kau kt airport and so on. So yang lagik menarik dengan IFMSA ni segala jadual ko at hospital and social program ko mmg dah disediakan sebelum ko sampai ke negera exchange tu . dah sampai kite just follow the flow je, haa gitu senang. 

Kt brazil islam sgt minoriti, so kalau ko tanya sapa2 nampak tak perempuan yg pakai hijab haaaa gerenti boleh jumpe aku punye. 1%je kot islam kat brazil kalau tak silap aku lah. Aku buat elective kat department ENT , menarik okeyy, kalau kat azhar round ent just lecture, instrutment  je alaahaiii. Tu yang aku pilih ent for elective. and kat hospital mcm biasalah ada surgery, lecture, seminar, history taking, bengkel according to my jadual yg diberilah. Dari pukul 8 pagi breakfast dulu ngn prof sampai ler habes pukul 4 petang. then balik aku naik bas, see berdikarinye aku hahahahha "up diri sikit", kalau kat oman ada bas kt spital hantar balik apartment, kalau brazil dia suruh balik sendirik. Kalau ko sesat kat brazil pon no hal laa, orang2 dia walaupun majoriti tak kp english, tp dia akan tolong expalain kt ko sampai ko paham sikit2. penat wehh hari2 pergi balik spital cm ni, hangpaa igt chek pergi exchange berjimba jaa kaa whahahah. and 2 hari sabtu ahad off day, time tu la aku berjimbaa ulalallallaa.



ni prof aku, nama dia prof doc Flavio, aku sayang dia sangat2 <3  and dia ada sorang anak laki bakdatang hensem gilee tapi dah ada awek hmm wahahaa.

"malam kebudaya" mlm ni aku bawa lemang ngn ayam rendang kasi dorang try, well well sedap kot rendang aku bawak walopon instant habes licin dorang makan.  

social program: italy,croatia, turki, spain, greece, tunicia, morocca, portugal,german.

Friday, July 24, 2015

Ke Brazil ler kite jom

Alhamdulillah, exam selama dua bulan habis pon. Yeayy! Balik Malaysia sambut raya dah puas and now kne prepare pulak pergi Brazil for pertukaran pelajar IFMSA. Thanks thanks AMSA bagi peluang lagi join program nih *muahh cikedd* 

Kalau kt oman dulu dpt buat elective kt emergency department. Skg buat elective kat department ENT
* im so so exicted ! *

Ni bila dah lama tak pegang buku,bile baca sikit dah ngantok😓


Saturday, January 17, 2015

IFMSA exchange OMAN , part 1

social program IFMSA-OMAN


so basically , IFMSA is International Federation Medical Student's Association . IFMSA ni sgt well known dalam kalangan students medic . Tujuan IFMSA ni diwujudkan is act utk kita students medic exchange pengetahuan dlm bidang medical,research and also culture sesebuah negara . haaa, bagus association ni , sambil kita blajar and kita dapat travel jugak ;)

dipendekkan cerita, aku jadi wakil alazhar uni la dalam pertukaran ke Oman kali ni , huyyooo hahahahaaa . tenkiuu la local officer exchange ni bg peluang join program ni , bukan main susa soklan writen exam tapisan dorang . ada ke patut tnye cloepatra lahir bila , and sape perenang terkenal kat egypt . hahahaha , mmg aku bedal habisan lah. tapi alhamdulillah rezeki terpilih juga . kikikikikiii

tengkiuuuu juga kerajaan perak bagi sponserr , sumpah terharu rasa nak nangiss :') kalau tak kerana perak , mmg x mampu la aku nak pergi sebulan kat sana . eheeeee , ni baru mukhadimah . nanti kan part 2 , cewahhhh .

Tuesday, September 16, 2014

Dubai

hai hai dubai ! 

so, after habis jer program clerkship kat hospital Sultan Qaboos Oman (student exchange) "we" terus decide nak pergi dubai for jalan jalan . Dari Oman to dubai just ambil masa dalam 6 jam sahaja by bus . tapi, time nih dubai tersangatlah panass ! sumpahh panassss yg teramat . Mesir pon x sepanas macam nih . Sampai je dubai trus aku demam .
Anyways , thanks to mr Husam for hosting us 3 days 2 night :D dah lah kasi tempat tinggal free , and siap bawak kitorang jalan2 dubai :') thanks thanks ! 




1st day .


 Porto Marina

malam2 pon panas gilo woihhhh T______T


dekat sini petang2 akan ada dance fountain, amazing :) nama pon dubai semua show dorang gempak2 :D 


panass T____________T


sweetheart :*

with beata . my housemate masa kat Oman 

masa nak balik back to Oman, bas rosak tengah2 jalan =_____=" esok nye nak flight balik to Egypt . luckly, dapat next bus malam tu jugak .


Mo- bahrin , lucia- spain




penat sgt nih 


Dubai Mall 



 one month spent dgn dorang nih from different country , and blaja byk sgt from dorang . nama jer student medic, tapi prangai masing2 macam haram :p Love u guys , till we meet again ! <3

Thursday, July 3, 2014

Aya Sophia, Turki

 Al-kisahn pendek Aya Sophia  ni dulu merupakan church, then zaman pemerinthan Sultan Mehmed11, church ni dia tukar jadi masjid . But now , tempat ni dia jadikan museum . haa gituu ceritaanyaa . 

# And kat tingkat atas bangunan ni ada gambar2 yg menceritakan tentang pemerintahan turki dahulu :)

nampak tak atas tu actually ada tulisan (Muhammad) and (Allah) .  yang mula church , then tukar  kepada masjid




gambar manje ngn mokk :D





tingkat atas aya sophie , with opaa .

Friday, March 7, 2014

Qarun Palace

 Pernah dengar tak harta karun ? 

Act , dalam arab sebutannya Qarun . Dipendekkan cerita , Qarun ni sebenarnya sepupu kepada nabi musa . Qarun ni pada mulanya merupakan seorang yang sangat miskin . So satu haritu , Qarun pergi bertemu dengan nabi musa. Qarun meminta nabi Musa untuk berdoa kepada Allah SWT untuk menjadi dia seorang yang kaya . Allah SWT pon memakbulkan doa nabi Musa dan menjadikan Qarun seorang yang sangat sangat kaya :D Tetapi Qarun ni dia ingkar atas nikmat Allah kepadanya , Qarun tak beribadah lg kepada Allah SWT. Lalu Allah SWT pon menurunkan azab keatasnya. Tempat Qarun ditenggelamkan bersama dengan harta dan pengikutnya telah menjadi danau. kalau dalam bahasa arab orang panggil Baharia Qarun.


Istana Qarun ni pulak ialah sisa bukti kekayaan Qarun yang tertinggal di Fayyoum.



possing sikit -_- kekeke



dalam istana 

luar istana

atas istana 

*p/s - ticket entry : 25LE 

Tuesday, March 4, 2014

Tamatlah sudah percutian kali ni T___T

 Honestly nak cakap , aku dah bosan dah cuti winter break ni lama2 . Makin lama makin boring act , sampai dah tak tau nak buat apa dah . study ? mmg tak lah :p name pon cuti , maka haruslah berehat sepuasnye guys ! :D Act sepatutnya winter break ni just 2 weeks jer , but kat al-azhar university ada renovation apa tah , then extend lagi beberapa minggu sebab kes H1N1 . So, this is kesimpulan percutian cik bibi yang "awesome" macam biasa haa 

TURKEY
first ke Turkey for 7 days. Turkey best. ^__^ sapa rasa nak tengok muka stock2 zayn malik , jom ler bercuti kat sini , hehehe :p

bursa - ulugdhah


After that ke Alexandria . Bawa member dari jordan jalan2 . 

alexandria alwaysss di hati :*


Zamalek, cairo . 
zamalek ni pon best gak . small town , nyaman je . 
sapa2 nak try mori sushi ni jgn lupa bawak duit banyak2 . mahal bak hang T___T

mori sushi at zamalek , cairo 

Wadi el-rayan . 
haaa , mesir pon ada waterfall u knoww . 
next time dtg sini make sure bawa baju extra , tgk orang arabs mandi macam best je 

the only waterfall in egypt . awesome haa :)


Tak dapat mandi buat aerobic pon jadi laa :p

anak2 , kita bersenam aerobic dulu naaa ! At al-fayouumm



Seminar (OMEC)
 Panel2 doctor dari Malaysia . 
Lama x pakai baju kurung . dok mesir sarung jubah je slalu :)

seminar - opportunities in medical career 

THE END 
bermula kehidupan aku macam biasa lepas ni , kbai . 




Saturday, February 8, 2014

Bursa, turkey

Uludagda BURSA 

so, hari yang dinanti nanti telah tiba . we are going to bursa ! of course everyone is damn exicted :) mana tak nye exicted nak main salji la katakan , Malaysia mana ada salji btw . perjalanan to bursa bukan la sesuatu yang menyeronokan . seriously x seronok ! penat , because it take about 5 hours dari istanbul ke bursa . Dari hotel naik van , then tukar naik kapal pulak , then tukar lagi naik van again . Dengan jalan yg curam and banyak pusing2 . hmmm x best :( tapi bila dah sampai sana , pheww pheww awesomenyee . what a beautiful place :)

atas kapal . nice view .  otw to bursa

Tak tau mcm mana nk describe keadaan kat sana . everyone seem so happy :) banyaknya sgt foreigner, lawo nak mampuih , muka sume nak stock zayn malik . pheww *cuci mata *____* kat bursa actually x de la sesejuk macam kat istanbul . weather nice nice je . sunny sikit . Oleh sebab masa ni winter break , so mmg sesak dgn orang seluruh dunia :D


im sooo Exicted ! :)



main ski is actually so much fun . and yah mule2 takut jatuh , tergolek bagai sume . then bile once dah tergolek jatuh rasa nak try lg and lagi . hhahaha .


   


Wednesday, February 5, 2014

Taksim Square, Istanbul




Taksim , situated in the Eroupean part of istanbul, turkey . Awesome place ! kat taksim ni actually tempat for shopping . Ade manggo, h&m, collin, addidas and much much moree ! :D so have to sediakan duit yang banyak kalau nak puas shopping . plus currency at turkey is hight , cth 1 Lire turkey = rm2 . 




The Republic Monument (Turkish: Cumhuriyet Anıtı) is a notable monument located at Taksim Square in Istanbul, Turkey to commemorate the formation of the Turkish Republic in 1923. Built in two and half years with financial support from the population and unveiled by Dr. Hakkı Şinasi Pasha on August 8, 1928, it was designed by Italian sculptor Pietro Canonica.
The 11 m (36 ft) high monument portrays the founders of the Turkish Republic, prominent are depictions of Kemal Atatürk, who commissioned the work, his assistant Ä°smet İnƶnü, and Fevzi Ƈakmak. The monument has two sides, the side facing northward depicts Atatürk at an earlier period and the other one facing Istiklal Caddesi has Atatürk and his comrades dressed in modern, western-European clothing, symbolizing him in both his roles, as military commander-in-chief and as statesman
***thanks to wikipedia , hahahah :D 



Thursday, September 26, 2013

Teluk Batik

Last month dah summer2 bagai kat egypt . now is the time for cuti cuti MALAYSIA <3

*jumpe balik kawan lama baru kita sedar , ehh banyaknye gossip terbaruu , hahahahah :) ada yang da kawen la , tunang la , couple and breakup and more okayy ! 


whoaaaa panas okay ! eh , kita peace dulu yaww :D

meh meh naik boat , kita tengok pulau pangkor dari jauh . 5 ringgit jerr :D

emm emm , x igt apa nama tempat ni . 

kau tgk budak mesir yg pakai baju tengkorak . tah bila nk insaf ni . isshhh !


Monday, September 9, 2013

SUMMER break !

HURGHADA 

holaa summer ^___^ kalau summer tak sah kan kalau tak g pantai . so so so , habis jer exam we decide nak join TRETANIA tour ke hurghadaaa ! well , kawan2 yang lain habes exam terus fikir balik malaysia . hellooo guyyss , buat apa la tergesa sangat nak balik, jom cuti cuti mesir dulu . whoaaa ! bukan senang nak holiday with kawan2 nih . seriousssly , memang best ! 3 days 2 night at hurghada , and it was awesome ! lg pon holiday kat mesir ni tak la mahal weh , sumpah murah ! haa , daripada beli baju kat padini tu , baik simpan duit buat holidayy heww heww :D 

**HURGHADA is a city in theRed Sea Governorate of Egypt. It is a main tourist center and second largest city (after Suez) in Egypt located on theRed Sea coast.


to  giftoon island ! so sweet <3




- Ievery girls life, 
there's a boy she'll never forget 
and a summer where it all began <3 , eh eh *


snorkeling bebeh !
atv desert :)












                             
sunflower girls :)


enjoy while u can:)

Wednesday, July 24, 2013

Every summer has a story


Assalamualaikum and hello guysss ! 

wahh , lamanya tak berblogging . okayy , final examation for 2nd yr medic finally tamat dengan jayanya . well , medic susah kot , di tambahkan university azhar kene ambik subjek agama plus hapal juzuk 29 . and what can i say , memang stress . banyak sangat yang kena cover in one month ! phewww . And Alhamdulillah Alhamdullilah Alhamdullilah sume subjek aku pass and will continue 3rd yr medicine in this september . wish me luck guyys ! :) *btw , result official tak keluar lg . egypt tengah demo kan , so tunda and tunda lagi . hmm 

okay , sudah dengan muqaadimah yang boring . sekarang nak cerita pasal my sweet summer holiday . 

Dream Park 
oakyy , dream park ni ala ala sunway lagoon kat malaysia . bayangkan di tengah2 padang pasir , ade amusement park . haaa gitu . style kan .


roller coster

meh meh meh .

wowww wowww awesome !


bumper car


Dreampark is the leading amusement Park in Egypt & the Middle East. The Park was established in 1999 and designed by The Famous Canadian Architecture Company which is Forrec, designed Universal Studios and Mall of America. Dreampark is a member of IAAPA ( International Association of Amusement Parks and attractions).  -wikipedia . heww heww



family coster 


pening pusing pengsan . tobat tak nak nek lagi 
sunflower girls with new friends . hahaha :)


So long as the memory of certain beloved friends lives in my heart, I shall say that life is good ‪#‎sosweet‬

Wednesday, February 27, 2013

Cik Bibi Punya Winter Break Sgt Awesome


Location : Telaga nabi musa


Salah satu daripada 12 telaga nabi musa

ohh rara , you sangat poyoooo .

TABA : sempadan antara mesir , jodan , israel dan saudi

Belakang tu kubu salahuddin . Ya Allah sumpah tempat ni sangat cantik :)

Lepas daki gunung sinai , winter coat sume basah , bessttt !

Tak de kerja

nama geng baru : friendshiiiippp *sebut dgn gaya habes gedikssss

Ohmaaiiiigodd , cantik . model nye pon cantik , hahahah

ni lepas hujan , sejuk gilogiloo bakhanggg

St catherin .

Gunung sinai lagi

Sembang2 dgn ammu , lain tak bukan topik kawen , ammu ammu =___="

seafood timee !

belakang kat gunung itu act kalau korang pasan ade gmbar kambing kan , and kambeng tu kene sumpah , nak tau nape google pasai nabi harun , hehehe

package seafood only 30genih bersamaan dgn 15ringgit , habes murah plus bole feel ala2 romantik makan sambil menikmati pandang laut kat sebelah tu

motor besar ni orang panggil ATV

with mimi , haippp di dah berpunya , and bibi masih menjanda

we're ready for this

berehat seketika

saya sangat teruja  ehhhhh

dekat perkampungan badawi

frienndddshhiipppp ~ ~ igt sebut dgn gaya paling gedikkss

i believe i can flyyy , phhfftt

this is mariam , dy morocian (tah mcm mana nk eja )




winter break haritu aku and kawan kawan lain kitorang join trip . and this include 3 tempat . *taba *sinai and *dahab . tiga tempat ni sumpah sangat best , fun and AWESOME babeehhh . hahaha . price dia just 290genih bersamaan dhn 140ringgit malaysia dan harga dia sngat berpatutan sebab included dgn makan n tempat tinggal . 

nak cite banyak2 pon tak boleh , ni update blog pon pakai laptop member , heww heww

There is nothing on this earth more to be prized than true FRIENDSHIP :) thanx mimi wani reen n rara